Monday, March 30
Kadang2, bilamana kita dilanda pelbagai ujian dn dugaan, hati ini selalu sahaja merintih dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka. Maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta." Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
"Jgnlah kamu bersikap lemah dan jgnlah pulak kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu orang2 yg beriman. Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA
"WAhai orang2 yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara2 yg berkebajikan) dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kpd Allah swt) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang2 yg khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka." Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ." Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." Surah Yusof ayat 12
Semoga segala persoalan dan rintihan yg melanda jiwa dan sanubari kita terubat dgn janji2 Allah. Sesungguhnya kpd kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan, kerana ialah penawar, penawar untuk kita. Marilah kita kembali kpd Al-Quran, kembali mengamalkan ajaran yg terkandung sepenuhnya. Semoga Allah memberkati sahabat2 disana.
a reminder for myself...
:)




